AMIL ZAKAT KORPORAT
Pengiraan Zakat
|
Kaedah Pengiraan Zakat
1. Bayaran 2.5% atas pendapatan kasar setahun (tanpa tolakan) contoh : Gaji Setahun : RM 30,000.00 Elaun : RM 4,000.00 Bonus : RM 3,000.00 Jumlah : RM 37,000.00 Pengiraan Zakat : RM 37,000.00 X 2.5% = RM 925.00 Bayaran Bulanan : RM 925.00 / 12 bulan = RM 77.08 2. Kaedah pendapatan bersih (dengan tolakan) - Penolakan dibuat daripada jumpah pendapatan kasar setahun berdasarkan kepada penolakan yang dibenarkan. Sekiranya selepas penolakan jumlah pendapatan masih mencukupi atau melebihi nisab, maka bakinya didarabkan dengan 2.5% = jumlah zakat Penolakan yang dibenarkan : i) Saraan hidup yang diperlukan bagi : a) Sara Diri b) Isteri c) Anak d) Meraka dibawah tanggungan ibu bapa ii) Perubatan iii) Pendidikan contoh pengiraan -Ahmad bekerja dengan pendapatan kasar sebanyak RM 3,000.00 sebulan. Beliau mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak yang bersekolah dan juga menanggung ibu dan bapa yang tinggal bersamanya. Beliau juga memerlukan perbelanjaan tetap bagi pembiayaan seorang anaknya yang mengidap penyakit asma setiap bulan. Pendapatan ( RM 3,000 x 12 bulan ) : RM 36,000.00 Penolakan yang dibenarkan : - Saraan diri : RM 9,000.00 - Isteri : RM 3,000.00 - Anak (RM 1,000 x 3 orang) : RM 3,000.00 - Saraan Ibu & Bapa (RM 200 x 12 bulan) : RM 2,400.00 - Pendidikan 3 orang anak : RM 1,200.00 - Perubatan anak RM 200 x 12 bulan : RM 2,400.00 Jumlah Perbelanjaan : RM 21,000.00 Pendapatan - Perbelanjaan : RM 15,000.00 Zakat = RM 15,000.00 x 2.5% : RM 375.00 Bayaran Bulanan (RM 400/12 bulan) : RM 31.25 |