USTAZ ISMAIL BIN MAT ALI
Ustaz Ismail bin Mat Ali mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Kemudian, beliau menyambung pengajian Diploma Bahasa Arab di Pusat bahasa Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, seterusnya peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah dengan kepujian dan Ijazah Lanjutan Pengajian Tinggi Islam di Institut Pengajian Tinggi Islam Zamalik di Kaherah.
Beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi Capaian Aspirasi Sdn. Bhd, anak syarikat Johor Corporation, merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Mutawwif Johor Corporation dan Penasihat Mutawwif Tiram Travel Sdn. Bhd.
Ustaz Ismail pernah bertugas sebagai Pensyarah di Institut Teknologi Iqra’, Shah Alam dan guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Raja Muda Parit Jawa, Muar. Beliau juga pernah menjadi Pengetua rumah kebajikan anak-anak yatim Darul Hannan Lelaki, Pasir Gudang. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Unit Nilai dan Budaya Korporat Johor Corporation, Pengarah Pengurusan Klinik Waqaf An-Nur Berhad, Amil Zakat Korporat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan pemegang Tauliah mengajar dan ceramah agama Jabatan Agama Islam Johor.
Pada ketika ini, beliau banyak mengetuai rombongan haji dan umrah melalui Syarikat Tiram Travel Sdn. Bhd dan Al-Zahabi Travel Sdn Bhd