Waqaf Al-Quran di Mekah, Madinah & Malaysia <baca seterusnya>
Johor Corporation bayar zakat RM 5 juta <baca seterusnya>
Capaian Aspirasi mendapat Anugerah Emas Wasiat untuk suku pertama 2012 <baca seterusnya>
PENGENALAN
Capaian Aspirasi Sdn Bhd (CASB) merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Perbadanan Johor Berhad. Bermula Februari 2006, 10% saham syarikat telah dimiliki oleh Ustaz Ismail Bin Mat Ali di bawah Skim Intrapreneur Johor Corporation.
Pada Oktober 2007, Johor Corporation telah mewaqafkan 75 % pegangan sahamnya di dalam CASB kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad
CASB melalui Ustaz Ismail Bin Mat Ali adalah Amil Zakat Korporat bagi Majlis Agama Islam Negeri Johor bermula 1 September 2005. Bermula tahun 2009, CASB juga menguruskan zakat korporat luar negeri Johor . Antara syarikat yang membayar zakat melalui CASB ialah syarikat di dalam kumpulan Johor Corporation, Felda Oil Products Sdn Bhd, Al-Zahabi Travel Sdn Bhd dan Etiqa Takaful Berhad. CASB juga mengalu-alukan syarikat luar yang ingin membayar zakat melaluinya.
Pada 17 Julai 2007, CASB telah dilantik sebagai sub ejen untuk bekerjasama bagi memasarkan produk wasiat Amanah Raya Berhad. Hasil kerjasama ini, sebanyak 3915 wasiat dapat didaftarkan sehingga akhir 2012 dan CASB telah berjaya mendapat Anugerah Emas di atas kejayaan tersebut.
Bermula November 2009, CASB telah menguruskan Akademi Mutawwif Sdn Bhd serta menganjurkan Kursus Pentauliahan Mutawwif dan ceramah kepada peserta mutawwif yang mendaftar. Sehingga kini, seramai 500 orang peserta mutawwif telah berdaftar di bawah Akademi Mutawwif Sdn Bhd.